About Luna Maya

LUNA MAYA SUGENG atau dikenali sebagai LUNA MAYA dilahirkan di Denpasar, Bali, Indonesia pada 26 August 1983. Beliau merupakan Aktres, TV Host & Model. Luna Maya mengawali karier nya sebagai model iklan & juga model di atas catwalk.

Luna mengawali kariernya sebagai model. Beliau mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2004 dengan membawa watak pembantu melalui filem 30 Hari Mencari Cinta. Dalam filem tersebut, Luna membawa watak sebagai Barbara iaitu seorang gadis cantik & seksi yang menjadi idaman jejaka. Ini adalah watak pertama Luna sebagai seorang yang Antagonis. Setelah itu, Luna muncul dalam filem Brownies pada tahun 2005. Dalam filem arahan Hanung Bramantyo itu, Luna kembali menjadi watak pembantu. watak pertama Luna sebagai watak utama adalah sebagai Mina dalam Bangsal 13 pada tahun yang sama.

Nama Luna kian menaik di dalam dunia hiburan Indonesia setelah beliau membawa watak sebagai Sisil dalam filem Cinta Silver. Setelah Cinta Silver, Luna muncul dalam Ruang. Aktingnya meraih penyenaraian beberapa anugerah penghargaan filem nasional termasuk Festival Film Indonesia. Selain filem, Luna juga aktif dalam dunia sinetron & membintangi sejumlah iklan ternama seperti Lux, Zestea, Sarimi, Vitalog C, XL, Bu Krim Detergen, Toshiba & banyak lagi.

Sepanjang prestasi Luna yang membanggakan, akhirnya Luna dipilih sebagai salah seorang pembawa obor di acara Olimpiade 2008. Bukan hanya dunia akting & model yang diceburi, malah bersama Dewi SandraSandra Dewi juga turut Luna Maya menyumbangkan suaranya untuk lagu tema Euro 2008 bertajuk "PLAY".

Setelah gabungannya bersama Dewi Sandra & Sandra Dewi, Luna kembali berkolaborasi dengan Dide, vokalis band Hijau Daun. Mereka menyanyikan lagu Suara (Ku Berharap) milik Hijau Daun yang dirakam kembali dalam versi Dangdut. Lagu ini menjadi OST untuk filem Luna, Janda Kembang. Selain itu, Luna juga melebarkan sayapnya dalam bidang pengarahan dengan mengarah sebuah filem pendek Indie bertajuk Suci and The City. Video klip single terbaru penyanyi Nadia (Dhea Ananda) bertajuk Kau Tak Setia di mana Luna juga bertindak sebagai Produser untuk album terbarunya & video klip dari sebuah band baru bernama Malka.

Awal April 2010, Luna yang dipilih oleh Indonesia's Showbiz Insiders sebagai #1 Highest Paid TV Star 2009 & #3 Highest Paid Actress 2009 bekerjasama dengan Ariel dalam iklan LUX versi kekasih. November 2010, Luna muncul sebagai bintang tamu di Konsert Cinta Silver oleh penyanyi Glenn Fredly yang memang khas mendedikasikan konsert tersebut untuk Luna & Pengarah bernama Erwin Arnada. Pada konsert tersebut, Luna membacakan sebuah puisi cinta.

Untuk saat ini Luna sudah mulai menceburi bidang pengarahan. Baru-baru ini Luna tampil bersama 2 lagi sahabatnya dengan Filem Pintu Harmonika. Kini Luna juga semakin aktif di negara seberang iaitu Malaysia. Luna bakal tampil bersama Aaron Aziz, Fazura & Khir Rahman dalam sebuah filem terbitan Excellent Pictures arahan Ahmad Idham iaitu TEMBUS yang bakal menemui peminat awal tahun 2014. Selain itu sepanjang 2013-2014 Luna sibuk dengan bidang penjurian di Malaysia iaitu sebagai Juri Tetap Maharaja Lawak Mega 2013.